Monday, November 21, 2011

Kesibukan

Assalamualaikum,

saya memohon maaf kerana lama tidak masuk blog ini kerana kesibukkan tugas dan internet kurang memuaskan. Insaallah laman ini akan aktif semula.

Tuesday, April 12, 2011

Perbezaan Cenderamata dan Cenderahati

Salam,

Saya amat tertarik untuk menulis artikel ini kerana telah dihujani dengan telefon dan SMS yang bertanyakan soalan ini. Sebenarnya tidak menjadi kesalahan untuk menyebut cenderamata atau cenderahati. Cuma untuk memudahkan MC dan urusetia maka kita saya membuat sedikit garis panduan yang boleh membezakan sebutan tersebut.
Cenderamata adalah pemberian yang berbentuk kekal seperti gambar,cermin,pakaian,buku, pen,jam dan sebagainya manakala cenderahati adalah pemberian tidak kekal seperti buah-buah,kueh mueh,duit dan bunga.

Sekian, terima kasih dan selamat membuat pembetulan kiranya ada selama ini..

Monday, January 24, 2011

Peserta Kursus Protokol Siri 1/2011

Kursus telah diadakan pada 17-19 Januari 2011..Terima kasih kepada Penghulu dan Tim. Penghulu kerana membantu saya menjayakan kursus ini.



Terima kasih di atas sumbangan cenderahati dan ada juga orang perseorangan menyampaikan cenderahati dan cenderamata.. terima kasih

Monday, January 3, 2011

Susunan Darjah Kebesaran Negeri Kedah Darul Aman

Darjah Yang Mulia Seri Mahkota telah dizahirkan pada 29 Februari 1964. Terdapat empat pangkat di bawah famili darjah kebesaran ini dan senarai keutamaan darjah kebesaran mengikut kedudukan dalai kumpulan adalah seperti berikut:

Darjah Kebesaran Gelaran
1. Seri Paduka Mahkota Kedah (S.P.M.K.) Lelaki - Dato' Seri
Isteri - Toh Puan

2. Dato' Paduka Mahkota Kedah (D.P.M.K) Lelaki - Dato'
Isteri - Datin

3. Seri Mahkota Kedah (S.M.K.) Lelaki/ Perempuan

4. Ahli Mahkota Kedah (A.M.K.)






Darjah Yang Mulia Setia DiRaja telah dizahirkan pada 29 Februari 1964.. Terdapat tiga pangkat di bawah famili darjah kebesaran ini dan senarai keutamaan darjah kebesaran mengikut kedudukan dalam kumpulan adalah seperti berikut

Darjah Gelaran
1. Seri Setia DiRaja Kedah (S.S.D.K.) Lelaki - Dato' Seri
Isteri - Datin Seri

2. Dato' Setia Di Raja Kedah (D.S.D.K.)Lelaki - Dato'
Isteri - Datin

3. Setia Di Raja Kedah (S.D.K.) Lelaki/Perempuan



Darjah Yang Mulia Seri Setia Sultan Abdul Halim Muadzam Shah telah dizahirkan pada 15 Julai 1983 Terdapat tiga pangkat di bawah famili darjah kebesaran ini dan senarai keutamaan darjah kebesaran mengikut kedudukan dalam kumpulan adalah seperti berikut:


Darjah Gelaran
1. Seri Paduka Seri Setia Sultan
Abdul Halim Muadzam Shah (D.H.M.S.) Lelaki - Dato' Paduka
Isteri - Datin Paduka

2. Setia Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (S.M.S.)Lelaki/Perempuan

3. Bintang Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (B.M.S.




Darjah Kebesaran Gemilang Seri Mahkota Kedah telah dizahirkan pada bulan Januari tahun 2001. Terdapat tiga pangkat di bawah famili darjah kebesaran ini dan senarai keutamaan darjah kebesaran mengikut kedudukan dalam kumpulan adalah seperti berikut:
Darjah Gelaran
1. Darjah Kebesaran Gemilang Seri Mahkota Kedah
Yang Amat Dihormati (D.G.M.K.) Lelaki - Dato' Wira
Isteri - Datin Wira
2. Gemilang Seri Mahkota Kedah
Yang Amat Dihormati (G.M.K.)
3. Ahli Gemilang Mahkota Kedah (A.G.K.)



Sumber.... Pej. SUK Kedah

Susunan Darjah Kebesaran Negeri Perak Darul Ridzuan

SUSUNAN KUMPULAN DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT
2.1 DARJAH KERABAT DIRAJA YANG AMAT DIHORMATI
Darjah Kerabat (D.K.)
2.2 DARJAH KERABAT SERI PADUKA SULTAN AZLAN SHAH PERAK
YANG AMAT DIHORMATI
Darjah Kerabat Sultan Azlan (D.K.S.A)
2.3 Darjah Kebesaran SERI PADUKA SULTAN AZLAN SHAH PERAK
YANG AMAT MULIA
Dato’ Seri Paduka Sultan Azlan (S.P.S.A)
(Dato’ Seri Diraja/Isteri : Datin Seri Diraja)
2.4 Darjah Yang Amat Mulia PADUKA CURA SI MANJA KINI
Pangkat Pertama …. Seri Paduka Cura Simanja Kini (S.P.C.M.)
Pangkat Kedua … Dato’ Paduka Cura Simanja Kini (D.P.C.M.)
Pangkat Ketiga … Paduka Cura Simanja Kini (P.C.M.)
Pangkat Keempat … Ahli Cura Simanja Kini (A.C.M.)
2.5 Darjah Yang Amat Mulia PANGLIMA TAMING SARI
Pangkat Pertama … Seri Panglima Taming Sari (S.P.T.S.)
Pangkat Kedua … Dato’ Pahlawan Taming Sari (D.P.T.S.)
PENGANUGERAHAN DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT NEGERI
2
2.6 Darjah Yang Amat Mulia PADUKA MAHKOTA PERAK
Pangkat Pertama … Seri Paduka Mahkota Perak (S.P.M.P.)
Pangkat Kedua … Dato’ Paduka Mahkota Perak (D.P.M.P.)
Pangkat Ketiga … Paduka Mahkota Perak (P.M.P.)
Pangkat Keempat … Ahli Mahkota Perak (A.M.P.)
2.7 Pingat Keberanian/Pekerti Terpilih/Jasa Kebaktian/Lama
Perkhidmatan
i) Pingat Keberanian Handal (P.K.H.)
ii) Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T.)
iii) Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.)
iv) Pingat Lama Perkhidmatan (P.L.P.)
2.5 Tauliah Lantikan Jaksa Pendamai (J.P.)
3. JENIS DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT
3.1 Darjah Seri Paduka Cura Simanja Kini (S.P.C.M.)
􀂪 Darjah Kebesaran ini membawa gelaran Dato’ Seri pangkat
pertama dan dikurniakan sebagai suatu kehormatan yang
istimewa di atas rekod kejayaan cemerlang yang telah dicapai;
􀂪 Dikurniakan kepada mereka yang telah menyumbangkan
perkhidmatan yang cemerlang kepada Negeri Perak semenjak
beberapa lama dengan mempunyai kedudukan yang amat
berpengaruh;
􀂪 Bagi pegawai-pegawai kerajaan yang telahpun dikurniakan
D.P.C.M., mereka lazimnya yang berpangkat Tingkatan Tertinggi
“C” dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi atau yang setaraf
dengannya; dan
􀂪 Penganugerahan darjah ini pada lazimnya merupakan kenaikan
pangkat kepada penerima yang telahpun dikurniakan D.P.C.M.
3.2 Darjah Seri Panglima Taming Sari (S.P.T.S.)
􀂪 Darjah Kebesaran ini membawa gelaran Dato’ Seri Panglima
pangkat pertama dan dikurniakan sebagai suatu kehormatan
yang istimewa di atas rekod kejayaan besar yang telah dicapai.
Darjah Kebesaran ini dikhaskan kepada anggota Tentera dan
Polis atau yang bersesuaian dengannya;
PENGANUGERAHAN DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT NEGERI
3
􀂪 Dikurniakan kepada anggota-anggota pasukan tentera yang
berpangkat Jeneral/Leftenan Jeneral (Tentera Darat),
Laksamana Madya (LKSDYA) (Tentera Laut) dan Leftenan
Jeneral Udara (Tentera Udara) atau yang setaraf dengannya;
􀂪 Dikurniakan kepada anggota-anggota pasukan Polis yang
berpangkat Inspektor Jeneral Polis (IGP)/ Deputi Inspektor
Jeneral (DGP) atau yang setaraf dengannya; dan
􀂪 Penerima darjah ini pada lazimnya merupakan kenaikan pangkat
kepada penerima yang telahpun dikurniakan D.P.T.S.
3.3 Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (S.P.M.P.)
􀂪 Darjah Kebesaran ini membawa gelaran Dato’ Seri pangkat
pertama dan dikurniakan sebagai suatu kehormatan yang
istimewa di atas rekod kejayaan besar yang telah dicapai.
􀂪 Syarat-syarat kelayakan bagi kurniaan Darjah ini adalah sama
dengan kelayakan S.P.C.M. tetapi tarafnya adalah lebih rendah
daripada Seri Paduka Cura Simanja Kini (S.P.C.M.);
􀂪 Dikurniakan kepada mereka yang telah menyumbangkan
perkhidmatannya yang cemerlang kepada Negeri Perak
semenjak beberapa lama dan mempunyai kedudukan yang amat
berpengaruh;
􀂪 Bagi pegawai-pegawai kerajaan yang telahpun dikurniakan
D.P.M.P. maka mereka adalah terdiri daripada Tingkatan
Tertinggi “C” dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi atau yang
setaraf dengannya; dan
􀂪 Penerima Darjah ini pada lazimnya merupakan kenaikan pangkat
kepada penerima yang telahpun dikurniakan D.P.M.P.
3.4 Darjah Dato’ Paduka Cura Simanja Kini (D.P.C.M.)
􀂪 Darjah Kebesaran ini membawa gelaran Dato’ pangkat kedua
dan dikurniakan sebagai suatu kehormatan yang istimewa di
atas rekod kejayaan besar yang telah dicapai.
􀂪 Dikurniakan kepada mereka yang mempunyai kedudukan tinggi
yang terkenal kerana perkhidmatan cemerlangnya kepada
Negeri Perak. Mereka mestilah mempunyai pengaruh yang besar
dalam bidang-bidang tertentu untuk Negeri Perak;
􀂪 Dikurniakan kepada kakitangan awam di dalam Kumpulan
Pengurusan dan Profesional atau yang setaraf dengannya; dan
PENGANUGERAHAN DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT NEGERI
4
􀂪 Penganugerahan Darjah ini pada lazimnya merupakan kenaikan
pangkat kepada penerima yang telahpun dikurniakan P.C.M.
3.5 Darjah Dato’ Pahlawan Taming Sari (D.P.T.S.)
􀂪 Darjah Kebesaran ini membawa gelaran Dato’ Pahlawan
pangkat kedua dan dikurniakan sebagai suatu kehormatan yang
istimewa di atas rekod kejayaan besar yang telah dicapai.
Darjah Kebesaran ini dikhaskan kepada anggota Tentera dan
Polis atau yang bersesuaian dengannya;
􀂪 Dikurniakan kepada anggota-anggota pasukan tentera yang
berpangkat Mejar Jeneral/Brigedier Jeneral (Tentera Darat),
Laksamana Muda (LKSDA)/Laksamana Pertama (Tentera Laut)
dan Mejar Jeneral TUDM/Brigidier TUDM (Tentera Udara) dan
yang setaraf dengannya; dan
􀂪 Dikurniakan kepada anggota-anggota pasukan polis yang
berpangkat Komisioner Polis (CP)/Deputi Komisioner Polis
(DCP) dan Senior Asisten Komisioner Polis (SAC) atau yang
setaraf dengannya.
3.6 Darjah Paduka Mahkota Perak (D.P.M.P.)
􀂪 Darjah Kebesaran ini membawa gelaran Dato’ pangkat kedua
dan dikurniakan sebagai suatu kehormatan yang istimewa di
atas rekod kejayaan besar yang telah dicapai;
􀂪 Syarat-syarat kelayakan bagi kurniaan Darjah D.P.M.P. adalah
sama dengan kelayakan Dato’ Paduka Cura Simanja Kini tetapi
adalah lebih rendah daripada D.P.C.M.;
􀂪 Dikurniakan kepada mereka yang mempunyai kedudukan tinggi
yang terkenal kerana perkhidmatan cemerlangnya kepada
Negeri Perak dalam apa-apa jua lapangan kehidupan. Mereka
mestilah mempunyai pengaruh yang besar dalam bidang-bidang
tertentu untuk Negeri Perak;
􀂪 Dikurniakan kepada kakitangan awam di dalam Kumpulan
Pengurusan dan Profesional yang telah mencapai sekurangkurangnya
Gred 1 ke atas atau yang setaraf dengannya; dan
􀂪 Penganugerahan Darjah ini pada lazimnya adalah merupakan
kenaikan pangkat kepada penerima yang telahpun dikurniakan
P.M.P.
3.7 Darjah Paduka Cura Simanja Kini (P.C.M.)
PENGANUGERAHAN DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT NEGERI
5
􀂪 Darjah ini adalah peringkat ketiga daripada kumpulan Darjah
Yang Amat Mulia Paduka Cura Simanja Kini. Ianya dikurniakan
kepada mereka yang telah banyak berbuat jasa kepada Negeri
Perak dan telah menjalankan tugas yang amat sukar dengan
jayanya;
􀂪 Dikurniakan kepada pegawai-pegawai Kerajaan dalam
Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang menyandang
pangkat Gred 2 atau yang setaraf dengannya;
􀂪 Darjah Paduka Cura Simanja Kini (P.C.M.) ini dikurniakan
kepada mereka yang berkelayakan lebih mutunya daripada
Darjah Paduka Mahkota Perak (P.M.P.) di dalam satu-satu
bidang;
􀂪 Dikurniakan kepada anggota-anggota Pasukan Tentera yang
berpangkat Kolonel (Tentera Darat), Kapten (Tentera Laut),
Kolonel TUDM (Tentera Udara) atau yang setaraf dengannya;
􀂪 Dikurniakan kepada anggota-anggota Pasukan Polis yang
berpangkat Asisten Komisioner Polis (ACP) atau yang setaraf
dengannya; dan
􀂪 Penganugerahan Darjah ini pada lazimnya adalah merupakan
kenaikan pangkat kepada penerima yang telahpun dikurniakan
A.C.M.
3.8 Darjah Paduka Mahkota Perak (P.M.P.)
􀂪 Darjah ini adalah peringkat ketiga daripada kumpulan Darjah
Yang Amat Mulia Paduka Mahkota Perak. Dikurniakan kepada
mereka yang telah banyak berbuat jasa kepada Negeri Perak
dan telah menjalankan tugas yang amat sukar dengan jayanya;
􀂪 Dikurniakan kepada pegawai-pegawai kerajaan dalam Kumpulan
Pengurusan dan Profesional yang menyandang Gred 2 atau
yang setaraf dengannya;
􀂪 Dikurniakan kepada anggota-anggota Pasukan Tentera yang
berpangkat Kolonel (Tentera Darat), Kapten (Tentera Laut),
Kolonel TUDM (Tentera Udara) atau yang setaraf dengannya;
􀂪 Dikurniakan kepada anggota-anggota Pasukan Polis yang
berpangkat Asisten Komisioner Polis (ACP) atau yang setaraf
dengannya; dan
PENGANUGERAHAN DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT NEGERI
6
􀂪 Penganugerahan Darjah ini pada lazimnya adalah merupakan
kenaikan pangkat kepada penerima yang telahpun dikurniakan
A.M.P.
3.9 Darjah Ahli Cura Simanja Kini (A.C.M.)
􀂪 Darjah ini adalah peringkat keempat daripada kumpulan Darjah
Yang Amat Mulia Paduka Cura Simanja Kini. Dikurniakan
kepada mereka yang telah banyak memberikan jasa kepada
Negeri Perak;
􀂪 Dikurniakan kepada mereka yang telah memberikan
perkhidmatan yang cemerlang atau berbuat jasa kepada Negeri
Perak;
􀂪 Dikurniakan kepada Pegawai-Pegawai Kerajaan sekurangkurangnya
Gred 41 dan ke atas dalam Sistem Saraan Malaysia
yang berkebolehan istimewa (exceptional merit) atau yang
setaraf dengannya; dan
􀂪 Dikurniakan kepada anggota-anggota Pasukan Polis yang
berpangkat Superintenden Polis (SUPT) atau yang setaraf
dengannya;
3.10 Darjah Ahli Mahkota Perak (A.M.P.)
􀂪 Darjah ini adalah peringkat keempat daripada kumpulan Darjah
Yang Amat Mulia Paduka Mahkota Perak. Dikurniakan kepada
sesiapa jua yang telah memberikan perkhidmatan yang
cemerlang atau berbuat jasa kepada Negeri Perak.
􀂪 Dikurniakan kepada Pegawai-Pegawai Kerajaan sekurangkurangnya
Gred 41 dan ke atas dalam Sistem Saraan Malaysia
yang berkebolehan istimewa (exceptional merit) atau yang
setaraf dengannya;
􀂪 Dikurniakan kepada anggota-anggota Pasukan Tentera yang
berpangkat Mejar/Kapten/Leftenan/Leftenan Muda (Tentera
Darat), Leftenan Komander/Leftenan Madya/Leftenan Muda
(Tentera Laut), Mejar TUDM/Kapten TUDM/Leftenan
TUDM/Leftenan Muda (TUDM) atau yang setaraf dengannya;
dan
􀂪 Dikurniakan kepada anggota Pasukan Polis yang berpangkat
Deputi Superintenden Polis (DSP)/Asisten Superintenden Polis
(ASP) atau yang setaraf dengannya.
PENGANUGERAHAN DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT NEGERI
7
3.11 Pingat Keberanian Handal (P.K.H.)
􀂪 Dikurniakan kepada sesiapa jua yang telah melakukan sesuatu
keberanian yang tersangat handal dan keberanian itu dilakukan
dalam keadaan yang mendatangkan bahaya yang besar kepada
dirinya sendiri dalam Negeri Perak.
3.12 Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T.)
􀂪 Dikurniakan kepada sesiapa jua yang telah melakukan sesuatu
perbuatan yang bersifat cemerlang dan berani dalam Negeri
Perak;
􀂪 Dikurniakan kepada Pegawai-Pegawai Kerajaan dalam Gred 17
dan ke atas dalam Sistem Saraan Malaysia atau yang setaraf
dengannya;
􀂪 Dikurniakan kepada anggota-anggota Pasukan Tentera yang
berpangkat Pegawai Waran I dan II (Tentera Darat), Kadet
Kanan/Kadet/Pegawai Waran I dan II (Tentera Laut) dan
Pegawai Waran Udara I dan II (Tentera Udara) atau yang setaraf
dengannya; dan
􀂪 Dikurniakan kepada anggota-anggota Pasukan Polis yang
berpangkat Ketua Inspektor (C/Insp.) dan Inspektor (Insp) atau
yang setaraf dengannya.
3.13 Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.)
􀂪 Dikurniakan kepada sesiapa jua yang telah berbuat jasa yang
cemerlang kepada Negeri Perak selain daripada keberanian
handal dan setia dalam menjalankan kewajipan, termasuk
perkhidmatan yang lama dengan menunjukkan kebolehan yang
luar biasa dan kelakuan yang boleh memberi contoh teladan;
􀂪 Dikurniakan kepada Pegawai-Pegawai Kerajan dalam Gred 16
dan ke atas dalam Sistem Saraan Malaysia atau yang setaraf
dengannya;
􀂪 Dikurniakan kepada anggota-anggota Pasukan Tentera yang
berpangkat Staf Sarjan/Sarjan/Koperal/Lans Koperal/Prebet
(Tentera Darat), Bentara Kanan/Bentara Muda/Laskar
Kanan/Laskar Kelas Satu/Laskar Kelas Dua/Laskar Muda
(Tentera Laut), Flait Sarjan/Sarjan Udara/Koperal Udara/Laskal
Udara Kanan/Laskal Udara Satu/Laskal Udara Dua (Tentera
Udara) atau yang setaraf dengannya; dan
PENGANUGERAHAN DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT NEGERI
8
􀂪 Dikurniakan kepada anggota-anggota Pasukan Polis yang
berpangkat Sub-Inspektor (Sub-Insp.)/Sarjan Mejar (SM)/Sarjan
(Sjn)/Koperal (KPL)/Lans Koperal (L/Kpl) atau yang setaraf
dengannya.
3.14 Pingat Lama Perkhidmatan (P.L.P.)
􀂪 Dikurniakan kepada sesiapa jua yang telah memberi
perkhidmatan yang cemerlang dan taat setia kepada Negeri
Perak. Berkhidmat tidak kurang daripada 25 tahun dan
berkebolehan memberi teladan yang baik.
3.15 Tauliah Lantikan Jaksa Pendamai (J.P.)
􀂪 Mereka yang dipilih untuk ditauliahkan JAKSA PENDAMAI ini
hendaklah terdiri daripada mereka yang benar-benar layak
samada dari segi pendidikan, ilmiah dan berkelakuan baik yang
boleh memberi contoh teladan.
􀂪 Pegawai-pegawai Kerajaan tidak layak dipertimbangkan.


Sumber.... Istiadat Negeri Perak

Senarai Darjah Kebesaran Persekutuan

1. Seri Pahlawan Gagah Perkasa S.P.
2. Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia D.K.M
3. Darjah Utama Seri Mahkota Negara D.M.N.
4. Seri Maharaja Mangku Negara S.M.N
5. Seri Setia Mahkota S.S.M.
6. Darjah Bakti D.B
7. Panglima Mangku Negara P.M.N
8. Panglima Setia Mahkota P.S.M.
9. Panglima Jasa Negara P.J.N
10. Panglima Setia Diraja P.S.D.
11. Johan Mangku Negara J.M.N.
12. Johan Setia Mahkota J.S.M.
13. Johan Setia Diraja J.S.D.
14. Kesatria Mangku Negara K.M.N.
15. Kesatria Setia Diraja K.S.D.
16. Ahli Mangku Negara A.M.N.
17. Pingat Pangkuan Negara P.P.N.
18. Bentara Setia Diraja B.S.D.
19. Panglima Gagah Berani P.G.B.
20. Jasa Perkasa Persekutuan J.P.P.
21. Pingat Tentera Udara P.T.U.
22. Pingat Kebaktian P.K
23. Pingat Khidmat Berbakti P.K.B.
24. Pingat Perkhidmatan Am P.P.A.
25. Kepujian Perutusan Keberanian K.P.K.
26. Pingat Perkhidmatan Setia P.P.S.
27. Pingat Peringatan Malaysia P.P.M.
28. Pingat-Pingat Pertabalan -

Saturday, January 1, 2011

Susunan Keutamaan Negeri dan Bendera di Malaysia Terkini 1Jan. 2011

Assalamualaikum, salam hormat

Susunan keutamaan Negeri -Negeri dan bendera - bendera di negeri seluruh Malaysia telah berubah berikutan Perlantikan TYT Yang di Pertua Negeri Sabah yang baru pada 1 Januari 2011 . Susunan adalah seperti berikut:

1. Malaysia
2. Kedah
3. Pahang
4. Perak
5. Perlis
6. Selangor
7. Negeri Sembilan
8. Johor
9. Kelantan
10. Terengganu
11. Sarawak
12. Pulau Pinang
13. Melaka
14. Sabah
15. Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
Labuan
Putrajaya

Harap Maklum.