Monday, January 3, 2011

Susunan Darjah Kebesaran Negeri Kedah Darul Aman

Darjah Yang Mulia Seri Mahkota telah dizahirkan pada 29 Februari 1964. Terdapat empat pangkat di bawah famili darjah kebesaran ini dan senarai keutamaan darjah kebesaran mengikut kedudukan dalai kumpulan adalah seperti berikut:

Darjah Kebesaran Gelaran
1. Seri Paduka Mahkota Kedah (S.P.M.K.) Lelaki - Dato' Seri
Isteri - Toh Puan

2. Dato' Paduka Mahkota Kedah (D.P.M.K) Lelaki - Dato'
Isteri - Datin

3. Seri Mahkota Kedah (S.M.K.) Lelaki/ Perempuan

4. Ahli Mahkota Kedah (A.M.K.)






Darjah Yang Mulia Setia DiRaja telah dizahirkan pada 29 Februari 1964.. Terdapat tiga pangkat di bawah famili darjah kebesaran ini dan senarai keutamaan darjah kebesaran mengikut kedudukan dalam kumpulan adalah seperti berikut

Darjah Gelaran
1. Seri Setia DiRaja Kedah (S.S.D.K.) Lelaki - Dato' Seri
Isteri - Datin Seri

2. Dato' Setia Di Raja Kedah (D.S.D.K.)Lelaki - Dato'
Isteri - Datin

3. Setia Di Raja Kedah (S.D.K.) Lelaki/Perempuan



Darjah Yang Mulia Seri Setia Sultan Abdul Halim Muadzam Shah telah dizahirkan pada 15 Julai 1983 Terdapat tiga pangkat di bawah famili darjah kebesaran ini dan senarai keutamaan darjah kebesaran mengikut kedudukan dalam kumpulan adalah seperti berikut:


Darjah Gelaran
1. Seri Paduka Seri Setia Sultan
Abdul Halim Muadzam Shah (D.H.M.S.) Lelaki - Dato' Paduka
Isteri - Datin Paduka

2. Setia Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (S.M.S.)Lelaki/Perempuan

3. Bintang Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (B.M.S.




Darjah Kebesaran Gemilang Seri Mahkota Kedah telah dizahirkan pada bulan Januari tahun 2001. Terdapat tiga pangkat di bawah famili darjah kebesaran ini dan senarai keutamaan darjah kebesaran mengikut kedudukan dalam kumpulan adalah seperti berikut:
Darjah Gelaran
1. Darjah Kebesaran Gemilang Seri Mahkota Kedah
Yang Amat Dihormati (D.G.M.K.) Lelaki - Dato' Wira
Isteri - Datin Wira
2. Gemilang Seri Mahkota Kedah
Yang Amat Dihormati (G.M.K.)
3. Ahli Gemilang Mahkota Kedah (A.G.K.)



Sumber.... Pej. SUK Kedah

3 comments:

  1. Ada 2 darjah kebesaran yang tertinggal...

    1. DARJAH UTAMA SERI MAHAWANGSA YANG AMAT DIHORMATI MAHKOTA KEDAH (D.M.K.)
    Penerima Lelaki/Wanita - Dato' Seri Utama
    Isteri Penerima - Datin Seri Utama

    2. DARJAH SERI SETIA SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH (S.H.M.S.)
    Penerima Lelaki/Wanita - Dato' Seri Diraja
    Isteri Penerima - Datin Seri Diraja

    ReplyDelete
  2. boleh saya susunan keutamaan jadual pertama

    ReplyDelete