Tuesday, April 12, 2011

Perbezaan Cenderamata dan Cenderahati

Salam,

Saya amat tertarik untuk menulis artikel ini kerana telah dihujani dengan telefon dan SMS yang bertanyakan soalan ini. Sebenarnya tidak menjadi kesalahan untuk menyebut cenderamata atau cenderahati. Cuma untuk memudahkan MC dan urusetia maka kita saya membuat sedikit garis panduan yang boleh membezakan sebutan tersebut.
Cenderamata adalah pemberian yang berbentuk kekal seperti gambar,cermin,pakaian,buku, pen,jam dan sebagainya manakala cenderahati adalah pemberian tidak kekal seperti buah-buah,kueh mueh,duit dan bunga.

Sekian, terima kasih dan selamat membuat pembetulan kiranya ada selama ini..