Sunday, July 18, 2010

Simulasi Jamuan Makan Kursus Protokol INTAN Sarawak 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pada kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada INTAN Sarawak kerana menjemput saya untuk menyampaikan ceramah protokol kepada peserta kursus Protokol dan Etiket Sosial 2010 pada 12-15 Julai 2010.
Ucapan terima kasih juga kepada Penghulu Kursus En. Rantai dan Tim. Penghulu, Dr Zarina kerana telah berjaya memimpin peserta dan menganjurkan jamuan makan malam yang begitu baik.
Rasanya tidak menjadi kesalahan sekiranya saya katakan disepanjang penglibatan saya semasa menyampaikan ceramah dan simulasi jamuan, Peserta tahun ini dari Sarawak yang paling baik dan berjaya di dalam pengendalian majlis serta simulasi di meja makan.Mereka sanggup berkorban masa dan wang demi menguruskan majlis yang telah diatur. TAHNIAH









4 comments:

  1. Terima kasih atas penghargaan tersebut Th. Haji. Terima kasih juga kami ucapkan kerana memberi tunjuk ajar dan sanggup berkongsi pengalaman dalam bidang tersebut kepada kami sepanjang kursus diadakan..ianya amatlah dihargai...=)

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum,Tuan Haji..Terima kasih atas segalanya...Saya akan cadangkan kepada rakan -rakan yang berminat untuk menghadiri kursus ini.

    ReplyDelete
  3. Wsalam, Saya ucapkan terima kasih di atas kepercayaan.

    ReplyDelete
  4. Hj Azhar...penceramah yg tidak menggantukkan! Jokenya mengenai Paul (Si sotong World Cup), epal washington, limau perut, ... ringankan suasana bagi kursus yang serius (dan kering, jika tidak pandai mempersemabhkan). Syabas! Bagi yang ingin ikuti, minta untuk Hj Azhar sbg penceramah.

    ReplyDelete