Sunday, July 18, 2010

Simulasi Jamuan Makan Kursus Protokol INTAN Sarawak 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pada kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada INTAN Sarawak kerana menjemput saya untuk menyampaikan ceramah protokol kepada peserta kursus Protokol dan Etiket Sosial 2010 pada 12-15 Julai 2010.
Ucapan terima kasih juga kepada Penghulu Kursus En. Rantai dan Tim. Penghulu, Dr Zarina kerana telah berjaya memimpin peserta dan menganjurkan jamuan makan malam yang begitu baik.
Rasanya tidak menjadi kesalahan sekiranya saya katakan disepanjang penglibatan saya semasa menyampaikan ceramah dan simulasi jamuan, Peserta tahun ini dari Sarawak yang paling baik dan berjaya di dalam pengendalian majlis serta simulasi di meja makan.Mereka sanggup berkorban masa dan wang demi menguruskan majlis yang telah diatur. TAHNIAH









Wednesday, July 7, 2010

Simulasi Jamuan Makan Kursus Protokol 2/2010






Jamuan tersebut diadakan semalam 6 Julai 2010

Tengoklah gelagat mereka......

Kenangan Kursus Protokol dan Etiket Sosial 2/2010

Kursus telah dijalankan pada 5- 7 Julai 2010. Penat mengajar tetapi seronok melayan soalan peserta. Terima kasih Penghulu En. Jamaluddin dan Tim. Penghulu Pn. Hjh Ainon Hayati



Terima kasih diatas cenderamata.....cantik dan boleh pasang kat bilik tido

Kursus Personaliti Unggul 2/2010

Kursus ini diadakan mulai 31 Mei hingga 4 Jun 2010. Peserta didedahkan dengan semua aspek daripada LDK, Ceramah, Perbincangan Kumpulan, Tayangan Video sehinggalah kepada Qiamullail serta Kulia Subuh. Tahniah kepada peserta yang dapat mengharunginya... yang culas tu faham faham je la..



Tahniah kepada Penghulu, Timbalan Penghulu serta Imam..

Jamuan Simulasi Makan semasa Kursus Protokol dan Etiket Sosial 1/2010

Jamuan tersebut telah diadakan pada 4 Mei 2010. Makanan Nasi Ayam tetapi kena imagine Western food





Kenangan Bersama Peserta Kursus Protokol dan Etiket Sosial Khas untuk Kementerian Kesihatan Malaysia



Kursus ini diadakan pada 13-15 April 2010.

Jamuan Simulasi Makan Anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah

Pada 7 April 2010 lalu saya memberi ceramah bagaimana hendak menghadiri jamuan makan beradat.Jamuan ini dihadiri oleh Pegawai Tadbir Negeri dan Penghulu yang terpilih



Nak makan atau nak possing.