Thursday, January 7, 2010

Ciri ciri Penyambut Tetamu

Assalamualaikum,

Pada petang yang dingin ini tertarik juga saya memuatkan tentang ciri -ciri penyambut tetamu di dalam pengurusan majlis.
Daripada buku buku banyak ditulis peranan penyambut tetamu ini, ada yang menyenaraikan hampir 15 ciri -ciri penyambut tetamu.Tetapi bagi saya sukar nak cerita sebab seseorang mesti terlibat di dalam pengendalian majlis baru dia akan faham. Walubagaimana pun saya akan memberi pandangan tentang ciri -ciri yang mesti ada kepada penyambut tetamu.

1. Mengetahui Etiket Sosial iaitu adab perdampingan diri seperti bersalam, pengenalan diri dan gaya diri.
2. Mengetahui Protokol iaitu Jenis majlis, gelaran hormat, panggilan hormat serta susunan tempat duduk.
3. Berpakaian bersih serta bersesuaian dengan majlis
4. Perwatakan yang menarik,bukan cantik tetapi senang dipandang
5. Mengenali tetamu, amat penting kerana tetamu terdiri daripada pelbagai lapisan darjat dan kedudukan.
6. Mahir cara menyambut , mahir cara mengiring samaada penyambut tetamu jalan dulu atau sebaliknya, cara menunjuk tempat duduk, cara membagi buku program.
7. Tidak cacat anggota, menyebabkan pergerakkan terbatas dan akan menimbulkan masalah kepada majlis.
8. Banyak Bersabar, kerenah tetamu
9. Bertolak Ansur, sesama penyambut tetamu.
10.Berdedikasi seperti datang awal

Ok.kepada semua pembaca.. setakat itu dulu maklumat yang sempat saya tulis namun sekiranya nak di huraikan tak muat dalam blog ini

1 comment:

  1. Terima kasih di atas perkongsian ini.Ia membantu saya utk menyelesaikan assignment saya.

    ReplyDelete