Saturday, December 25, 2010

Simulasi Jamuan Makan Kursus Protokol Jab. Kehakiman Syariah Kedah






Kursus tersebut telah dijalankan pada 14 -15 November 2010 di Harvard Saujana Resort, Gurun Kedah

Tuesday, December 21, 2010

Kursus Protokol 1/2011

Assalamualaikum dan selamat petang.

Kursus Protokol dan Etiket sosial siri 1/2011 akan diadakan di INTAN Kampus Utara Sg. Petani mulai 17 -19 Januari 2011 ( 3 hari ). Terbuka kepada semua penjawat awam seluruh Malaysia.

Sekian, terima kasih

Thursday, September 16, 2010

Susunan Keutamaan Negeri dan Bendera di Malaysia Terkini

Assalamualaikum, salam hormat

Susunan keutamaan Negeri -Negeri dan bendera - bendera di negeri seluruh Malaysia telah berubah berikutan Permasyhuran Al Sultan Kelantan yang baru, Sultan Muhammad Faris Petra. Susunan adalah seperti berikut:

1. Malaysia
2. Kedah
3. Pahang
4. Perak
5. Perlis
6. Selangor
7. Negeri Sembilan
8. Johor
9. Kelantan
10. Terengganu
11. Sarawak
12. Pulau Pinang
13. Sabah
14. Melaka
15. Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
Labuan
Putrajaya

Harap Maklum.

Sunday, July 18, 2010

Simulasi Jamuan Makan Kursus Protokol INTAN Sarawak 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pada kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada INTAN Sarawak kerana menjemput saya untuk menyampaikan ceramah protokol kepada peserta kursus Protokol dan Etiket Sosial 2010 pada 12-15 Julai 2010.
Ucapan terima kasih juga kepada Penghulu Kursus En. Rantai dan Tim. Penghulu, Dr Zarina kerana telah berjaya memimpin peserta dan menganjurkan jamuan makan malam yang begitu baik.
Rasanya tidak menjadi kesalahan sekiranya saya katakan disepanjang penglibatan saya semasa menyampaikan ceramah dan simulasi jamuan, Peserta tahun ini dari Sarawak yang paling baik dan berjaya di dalam pengendalian majlis serta simulasi di meja makan.Mereka sanggup berkorban masa dan wang demi menguruskan majlis yang telah diatur. TAHNIAH









Wednesday, July 7, 2010

Simulasi Jamuan Makan Kursus Protokol 2/2010






Jamuan tersebut diadakan semalam 6 Julai 2010

Tengoklah gelagat mereka......

Kenangan Kursus Protokol dan Etiket Sosial 2/2010

Kursus telah dijalankan pada 5- 7 Julai 2010. Penat mengajar tetapi seronok melayan soalan peserta. Terima kasih Penghulu En. Jamaluddin dan Tim. Penghulu Pn. Hjh Ainon Hayati



Terima kasih diatas cenderamata.....cantik dan boleh pasang kat bilik tido

Kursus Personaliti Unggul 2/2010

Kursus ini diadakan mulai 31 Mei hingga 4 Jun 2010. Peserta didedahkan dengan semua aspek daripada LDK, Ceramah, Perbincangan Kumpulan, Tayangan Video sehinggalah kepada Qiamullail serta Kulia Subuh. Tahniah kepada peserta yang dapat mengharunginya... yang culas tu faham faham je la..



Tahniah kepada Penghulu, Timbalan Penghulu serta Imam..

Jamuan Simulasi Makan semasa Kursus Protokol dan Etiket Sosial 1/2010

Jamuan tersebut telah diadakan pada 4 Mei 2010. Makanan Nasi Ayam tetapi kena imagine Western food





Kenangan Bersama Peserta Kursus Protokol dan Etiket Sosial Khas untuk Kementerian Kesihatan Malaysia



Kursus ini diadakan pada 13-15 April 2010.

Jamuan Simulasi Makan Anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah

Pada 7 April 2010 lalu saya memberi ceramah bagaimana hendak menghadiri jamuan makan beradat.Jamuan ini dihadiri oleh Pegawai Tadbir Negeri dan Penghulu yang terpilih



Nak makan atau nak possing.




Wednesday, March 31, 2010

Kursus Pengacaraan Majlis 1/2010

Kursus ini pertama dan terakhir pada tahun ini dilaksana selama 4 hari pada 22-25 Mac 2010
Semua peserta hebat dan mantop. Ada suara emas, perak dan gangsa. Tembaga dan besi takde ler.


Bagi peserta, nasihatku..... banyakkan latihan serta ujian pernafasan. Lagu asli... Anak Punai??????.
Terima kasih Cikgu Daz selaku penghulu serta timbalan Penghulu

Peserta Kursus Personaliti Unggul 1/2010

Kursus tersebut dijalankan selama 5 hari penuh 7-11 Mac 2010.
Peserta didedahkan dengan pelbagai program seperti Latihan dalam kumpulan, ceramah, perbincangan dan persembahan kumpulan, aktiviti menonton video, riadah selama 3 petang dan banyak lagi. ini termasuk tazkirah yang perlu dilaksanakan oleh peserta itu sendiri


.

Selaku Pengurus dan juga penceramah, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada peserta kerana memberi komitmen yang baik dan mengambil bahagia dalam semua aktiviti. Terima kasih juga kepada penghulu ( Tn Syed Nasir )dan Tim. Penghulu

Monday, February 1, 2010

Panggilan Hormat Bagi Sultan Johor Sekarang

Salam Hormat

Untuk makluman semua, Sultan Johor akan menggunakan Panggilan Hormat ( Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar )Manakala Sultanah Johor akan menggunakan Panggilan Hormat (Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah )

Harap Maklum

Susunan Kekananan Bendera Terkini

Assalamualaikum, salam hormat

Susunan keutamaan bendera - bendera di negeri seluruh Malaysia telah berubah berikutan Kemangkatan AlMarhum Sultan Iskandar. Susunan adalah seperti berikut:

1. Malaysia
2. Kedah
3. Pahang
4. Kelantan
5. Perak
6. Perlis
7. Selangor
8. Negeri Sembilan
9. Johor
10. Terengganu
11. Sarawak
12. Pulau Pinang
13. Sabah
14. Melaka
15. Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
Labuan
Putrajaya

Harap Maklum.

Tuesday, January 12, 2010

Sekitar Simulasi Jamuan Makan Kursus Protokol Hospital Teluk Intan

Saya memohon maaf di atas kelewatan menyiarkan gambar ini berikutan masalah teknikal.
Jamuan tersebut telah di adakan pada 31 Oktober 2009 di Hotel Rosa Pasadena Cameroon Highland.
Jamuan yang dipelajari adalah Western Food tp yang datang Steamboat.. sabar jelah.



Tu dia sampai berdiri



Sabaq kak.....jangan tumpah

Sekitar Gambar Simulasi Jamuan Makan Kursus Protokol Di INTURA 3/2009

Jamuan ini diadakan pada 20 Oktober 2009 di INTURA. Gambar ini memaparkan aksi -aksi pelakon di dalam majlis jamuan makan tersebut





Thursday, January 7, 2010

Ciri ciri Penyambut Tetamu

Assalamualaikum,

Pada petang yang dingin ini tertarik juga saya memuatkan tentang ciri -ciri penyambut tetamu di dalam pengurusan majlis.
Daripada buku buku banyak ditulis peranan penyambut tetamu ini, ada yang menyenaraikan hampir 15 ciri -ciri penyambut tetamu.Tetapi bagi saya sukar nak cerita sebab seseorang mesti terlibat di dalam pengendalian majlis baru dia akan faham. Walubagaimana pun saya akan memberi pandangan tentang ciri -ciri yang mesti ada kepada penyambut tetamu.

1. Mengetahui Etiket Sosial iaitu adab perdampingan diri seperti bersalam, pengenalan diri dan gaya diri.
2. Mengetahui Protokol iaitu Jenis majlis, gelaran hormat, panggilan hormat serta susunan tempat duduk.
3. Berpakaian bersih serta bersesuaian dengan majlis
4. Perwatakan yang menarik,bukan cantik tetapi senang dipandang
5. Mengenali tetamu, amat penting kerana tetamu terdiri daripada pelbagai lapisan darjat dan kedudukan.
6. Mahir cara menyambut , mahir cara mengiring samaada penyambut tetamu jalan dulu atau sebaliknya, cara menunjuk tempat duduk, cara membagi buku program.
7. Tidak cacat anggota, menyebabkan pergerakkan terbatas dan akan menimbulkan masalah kepada majlis.
8. Banyak Bersabar, kerenah tetamu
9. Bertolak Ansur, sesama penyambut tetamu.
10.Berdedikasi seperti datang awal

Ok.kepada semua pembaca.. setakat itu dulu maklumat yang sempat saya tulis namun sekiranya nak di huraikan tak muat dalam blog ini

Tuesday, January 5, 2010

Jadual Kursus 2010

Assalamaualikum dan selamat menuntut ilmu

Sukacita saya memaklumkan bahawa INTAN Sg Petani akan menganjurkan kursus Pengacaraan Majlis pada 22- 25 Mac 2010 ( satu siri sahaja )
dan Kursus Protokol dan etiket sosial pada 3-5 Mei 2010 dan 26-28 Julai 2010 ( Dua siri sahaja )

Sesiapa yang berminat bolehlah membuat permohonan secara online atau menggunakan borang INTAN. Selepas menghantar permohonan tuan/puan boleh melayari blog ini dan memasukkan nama, ic dan jabatan.

Saya adalah merupakan pengajar dan juga pengurus kursus bagi kursus tersebut .

Sekian, terima kasih