Tuesday, November 3, 2009

Susunan Panggilan Hormat

Assalamualaikum,

Seperti mana yang dimaklumi, Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan adat dan susila. Ini termasuk penghormatan kepada seseorang.
Antara penghormatan ialah gelaran dan panggilan hormat. Kedua-dua penghormatan ini adalah bebeza.

Panggilan hormat adalah seperti YAB , YB , Y.A.BHG., Y.BHG
manakala Gelaran hormat adalah seperti TUN, TOH PUAN, TAN SRI, DATO' ,DATIN .

Panggilan hormat
YAB - Perdana Menteri, Tim. Perdana Menteri dan Menteri Besar atau Ketua Menteri.( Isteri mereka akan di panggil Y. A.BHG.)
YB - Menteri, Tim. Menteri, Speaker Dewan Negara dan Dewan Rakyat,Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara, Exco Negeri, ADUN , Speaker DUN, Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Penerima Gelaran Dato' Negeri Johor.
Y.A.BGH.- Isteri PM, Isteri TPM, Isteri MB @ KM, Isteri TYT Yang dipertua Negeri, Penerima TUN, TOH PUAN dan Isteri Ketua Hakim Negara.
Y.BHG - Semua Ketua Jabatan, Tan Sri, Puan Sri, Dato', Datin

Untuk makluman semua......

No comments:

Post a Comment

Post a Comment