Sunday, December 13, 2009

The Tools of the Table Manners

Etiquette is the art of making other people feel comfortable and the tools of the table are indeed the tools of business.
Here is a list of Do's and Don'ts to dining with manners and style.

Do's:
Place your napkin on your lap with the fold facing your stomach.
If you have to leave the table during a meal place the napkin to the left of your plate.
Use you napkin to dab your lips prior to having a sip of your beverage.
In today's global society, I recommend that the hands are
always seen when dining. Use the rule of always, sometimes
and never. Hands always showing, forearms sometimes showing
on the table and elbows never on the table.
Bread: break, never cut a small piece of bread and butter that piece.
Silverware: start from the outside of the place setting and work in toward the plate.

Don'ts:
Don't push your plate away from you when you are finished.
Don't rest your cutlery half on and half off the plate.
Don't pick up anything that you have dropped during the meal.
Don't place your handbag/purse on the table.Use handbag hanger
Don't apply lipstick or comb your hair at the table.
Don't blow your nose at the table.
Don't answer your cell phone during a meal.

The doors to success open wider with the daily use of good
etiquette and manners. Manners are not something to be showcased during special events or for company. Good manners add polish and presence to the substance of you at your personal and professional best.

Tuesday, November 3, 2009

Susunan Panggilan Hormat

Assalamualaikum,

Seperti mana yang dimaklumi, Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan adat dan susila. Ini termasuk penghormatan kepada seseorang.
Antara penghormatan ialah gelaran dan panggilan hormat. Kedua-dua penghormatan ini adalah bebeza.

Panggilan hormat adalah seperti YAB , YB , Y.A.BHG., Y.BHG
manakala Gelaran hormat adalah seperti TUN, TOH PUAN, TAN SRI, DATO' ,DATIN .

Panggilan hormat
YAB - Perdana Menteri, Tim. Perdana Menteri dan Menteri Besar atau Ketua Menteri.( Isteri mereka akan di panggil Y. A.BHG.)
YB - Menteri, Tim. Menteri, Speaker Dewan Negara dan Dewan Rakyat,Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara, Exco Negeri, ADUN , Speaker DUN, Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Penerima Gelaran Dato' Negeri Johor.
Y.A.BGH.- Isteri PM, Isteri TPM, Isteri MB @ KM, Isteri TYT Yang dipertua Negeri, Penerima TUN, TOH PUAN dan Isteri Ketua Hakim Negara.
Y.BHG - Semua Ketua Jabatan, Tan Sri, Puan Sri, Dato', Datin

Untuk makluman semua......

Saturday, October 24, 2009

Peserta Kursus Protokol & Etiket Sosial 3/2009

Kursus ini telah dijalankan selama 3 hari bermula pada 19 - 21 Okt. 2009 di INTAN Kampus Wilayah Utara. Berikut adalah sesi bergambar antara peserta.




Saya mengambil kesempatan merakamkan ucapan setinggi tinggi terima kasih kepada Penghulu Kursus En. Mahmud dan Tim. Penghulu Cikgu Fatimah kerana membantu saya di dalam menjayakan kursus Protokol dan Etiket Sosial siri 3/ 2009

Sekitar Jamuan Protokol JKN Kedah

Pada 8 Okt 2009 yang lalu, satu simulasi jamuan beradat telah di adakan di EDU UUM, Kedah. Dalam jamuan ini menu barat telah disajikan dengan bermula starter, soup , dan chicken chop...





Monday, October 12, 2009

Sejarah Bendera


Bersama ini saya sertakan sedikit maklumat mengenai bendera kita

Thursday, September 10, 2009

Wednesday, September 9, 2009

Gambar Kenangan Bersama Peserta Kursus Protokol di Sarawak


Pada 24-30 Julai yang lalu, saya berkesempatan menyampaikan input kepada Peserta Kursus Etiket Sosial dan Protokol kepada Penjawat Awam di Sarawak, di samping itu terdapat juga beberapa orang pegawai dari Semenanjung serta Sabah yang turut menyertai kursus ini.
Terima kasih kepada INTAN Sarawak dan juga kepada peserta diatas komitmen.

Saksikan sedikit sedutan gambar lakonan simulasi





Wednesday, September 2, 2009

Pemasangan Bendera Semasa Berkabung


Pemasangan Bendera Malaysia atau Bendera Negeri-Negeri semasa berkabung adalah seperti di atas:

Susunan Keutamaan Bendera

Sepertimana yang saya janjikan dulu, berikut adalah rajah-rajah berkaitan susunan keutamaan bendera:




Handbag Holder

Sesiapa yang berhajat untuk memiliki handbag holder, saya ada stok. Ianya sangat berguna untuk wanita menghadiri majlis makan untuk digantung di meja . Harga RM 15.00 tanpa sebarang stiker. Anda boleh melekatkan gambar sendiri, logo jabatan dan ape ape je.

Wednesday, August 12, 2009

Gambar Pesrta Kursus Protokol siri 2/2009


Ini adalah gambar kenangan bersama peserta kursus Protokol dan Etiket Sosial yang telah diadakan pada Julai 2009. Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada En Mohd Zubir selaku penghulu kursus.
Ucapan terima kasih saya juga kepada Pn Zahriah di atas sumbangan peribadi kepada saya.

Tuesday, April 21, 2009

Gambar Table Manners


Ada lagi gambar pesertga. Ini Zana, tengah mencuba cara nmenghidang kepada salah eseorang peserta juga. Penghulu kat Gerik ni, orang lama yang cekap tentang protokol juga

Wednesday, April 8, 2009

Suasana Jamuan Makan




Gambar ini diambil semasa simulasi di meja makan sempena Kursus protokol siri 1/2009 kat INTURA

Monday, March 30, 2009

Peranan Pengacara Majlis dan Kriteria

Asslamualikum,
Berikut saya menjelaskan 3 Tugas Utama Pengacara Majlis:

1)1.Mengawal Majlis
2)2.Membuat Pengumuman
3)3.Memberi panduan kepada tetamu atau kepada yang mengambil bahagian

Tidak semua orang boleh menjadi Pengacara Majlis, Juruacara
atau MC yang baik dan berjaya.
Mereka hendaklah mempunyai Kualiti atau Kriteria yang tertentu antaranya -JELAS - Fasih dalam penggunaan bahasa serta terang dan jelas sebutannya
-PATAHKATA - Membuat phasing dan patah kata
-INTONANSI ( NADA SUARA ) Mempunyai suara yang baik dan lunak di dengar. -KELAJUAN -Kelajuan percakapannya hendaklah sederhana.
-SEBUTAN- Tidak Pelat, Tidak kedaerahan , tidak langsing atau sengau
-GAYA- Bersahaja, Bukan Membaca seolah bercakap dengan kawan
-TIDAK CACAT
-CERGAS
-TIDAK GUGUP
-TIDAK GEMURUH
-SABAR
-TIDAK SERIUS
-BUDI BICARA - Kadang -kadang diminta membuat pengumuman pada saat -saat akhir
-TAHU ETIKET SOSIAL DAN PROTOKOL - Tatacara imej serta susunan hormat
Akan datang saya akan jelaskan kaedah suara manusia dan kegugupan.

Gambar Kenangan Kursus Etiket Sosial dan Protokol 1/2009


Salam. Kursus ini telah di jalankan selama 3 hari di INTURA. Terima kasih kepada Penghulu, Tuan Hj. Kamaruddin dan Tim Penghulu, Datin Hjh Puziah kerana membantu saya menguruskan kursus ini. Gambar lain terutama di meja makan saya akan upload kemudian.

Gambar Kenangan Kursus Pengacaraan Majlis 1/2009


Salam,

Kursus ini telah diadakan dengan jayanya dengan melibatkan banyak peserta yang mengambil bahagian di dalam latihamal namun dari segi pemerhatian saya mungkin masa tidak mencukupi. Walaubagaimana pun saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua peserta yang terlibat,. Penghulu kursus En. Zamri dan Tim. Penghulu. Kak Yah.

Wednesday, February 18, 2009

Kedudukan Susunan Bendera Negeri Sekarang

Selepas kemangkatan Almarhun Tuanku Jaafar, Maka susunan keutamaan bendera negeri di Malaysia pun berubah seperti berikut.

1. Malaysia
2. Kedah
3. Pahang
4. Kelantan
5. Johor
6. Perak
7. Perlis
8. Selangor
9. Negeri Sembilan
10. Terengganu
11. Sarawak
12. Pulau Pinang
13. Sabah
14. Melaka
15. Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
Labuan
Putrajaya

Untuk makluman semua, sekarang ini bendera Wilayah Persekutuan hanya satu sahaja tidak lagi 3 wilayah selepas 1 Feb. 2007. Harap maklum.

Tuesday, February 17, 2009

Gambar Table Manners Peserta Kursus Institut Pendidikan Perguruan Perlis
















Gambar ini semasa sesi pembelajaran Etika di meja makan bersama Guru -guru pelatih di Institut Pendidikan Perguruan Perlis. Makanan amat menyelerakan tetapi kena control sebab belajar....... kalau tak, dah lama licin..

Jadual Kursus Protokol 2009

Assalamualaikum,

Bersama ini saya sampaikan jadual kursus Etiket Sosial dan Protokol serta Kursus Pengacaraan Majlis 2009

Etiket Sosial & Protokol ( 3 hari ) 16-18/Mac 2009, 6-8/Julai 2009, 12-14 /Okt 2009

Pengacaraan Majlis ( 4 hari ) 2-5/Mac 2009, 25-28/Mei 2009

Ramai yang memohon dan bagi bulan Mac surat tawaran telah pun saya keluarkan, bagi yang tidak berjaya jangan bersedih. Saya akan cuba tawarkan.....

Kenangan Bersama Peserta Kursus


Gambar ini diambil bersama peserta kursus pada tahun Nov 2008. Antaranya yang paling aktif adalah penghulu kursus. Terima kasih Penghulu..

Monday, February 16, 2009

Pengurusan Majlis

Slide ini adalah untuk memberi sedikit manfaat di dalam hal yang berkaitan pengurusan majlis