Saturday, December 25, 2010

Simulasi Jamuan Makan Kursus Protokol Jab. Kehakiman Syariah Kedah






Kursus tersebut telah dijalankan pada 14 -15 November 2010 di Harvard Saujana Resort, Gurun Kedah

Tuesday, December 21, 2010

Kursus Protokol 1/2011

Assalamualaikum dan selamat petang.

Kursus Protokol dan Etiket sosial siri 1/2011 akan diadakan di INTAN Kampus Utara Sg. Petani mulai 17 -19 Januari 2011 ( 3 hari ). Terbuka kepada semua penjawat awam seluruh Malaysia.

Sekian, terima kasih

Thursday, September 16, 2010

Susunan Keutamaan Negeri dan Bendera di Malaysia Terkini

Assalamualaikum, salam hormat

Susunan keutamaan Negeri -Negeri dan bendera - bendera di negeri seluruh Malaysia telah berubah berikutan Permasyhuran Al Sultan Kelantan yang baru, Sultan Muhammad Faris Petra. Susunan adalah seperti berikut:

1. Malaysia
2. Kedah
3. Pahang
4. Perak
5. Perlis
6. Selangor
7. Negeri Sembilan
8. Johor
9. Kelantan
10. Terengganu
11. Sarawak
12. Pulau Pinang
13. Sabah
14. Melaka
15. Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
Labuan
Putrajaya

Harap Maklum.

Sunday, July 18, 2010

Simulasi Jamuan Makan Kursus Protokol INTAN Sarawak 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pada kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada INTAN Sarawak kerana menjemput saya untuk menyampaikan ceramah protokol kepada peserta kursus Protokol dan Etiket Sosial 2010 pada 12-15 Julai 2010.
Ucapan terima kasih juga kepada Penghulu Kursus En. Rantai dan Tim. Penghulu, Dr Zarina kerana telah berjaya memimpin peserta dan menganjurkan jamuan makan malam yang begitu baik.
Rasanya tidak menjadi kesalahan sekiranya saya katakan disepanjang penglibatan saya semasa menyampaikan ceramah dan simulasi jamuan, Peserta tahun ini dari Sarawak yang paling baik dan berjaya di dalam pengendalian majlis serta simulasi di meja makan.Mereka sanggup berkorban masa dan wang demi menguruskan majlis yang telah diatur. TAHNIAH









Wednesday, July 7, 2010

Simulasi Jamuan Makan Kursus Protokol 2/2010






Jamuan tersebut diadakan semalam 6 Julai 2010

Tengoklah gelagat mereka......

Kenangan Kursus Protokol dan Etiket Sosial 2/2010

Kursus telah dijalankan pada 5- 7 Julai 2010. Penat mengajar tetapi seronok melayan soalan peserta. Terima kasih Penghulu En. Jamaluddin dan Tim. Penghulu Pn. Hjh Ainon Hayati



Terima kasih diatas cenderamata.....cantik dan boleh pasang kat bilik tido

Kursus Personaliti Unggul 2/2010

Kursus ini diadakan mulai 31 Mei hingga 4 Jun 2010. Peserta didedahkan dengan semua aspek daripada LDK, Ceramah, Perbincangan Kumpulan, Tayangan Video sehinggalah kepada Qiamullail serta Kulia Subuh. Tahniah kepada peserta yang dapat mengharunginya... yang culas tu faham faham je la..



Tahniah kepada Penghulu, Timbalan Penghulu serta Imam..