Pada kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada INTAN Sarawak kerana menjemput saya untuk menyampaikan ceramah protokol kepada peserta kursus Protokol dan Etiket Sosial 2010 pada 12-15 Julai 2010.
Ucapan terima kasih juga kepada Penghulu Kursus En. Rantai dan Tim. Penghulu, Dr Zarina kerana telah berjaya memimpin peserta dan menganjurkan jamuan makan malam yang begitu baik.
Rasanya tidak menjadi kesalahan sekiranya saya katakan disepanjang penglibatan saya semasa menyampaikan ceramah dan simulasi jamuan, Peserta tahun ini dari Sarawak yang paling baik dan berjaya di dalam pengendalian majlis serta simulasi di meja makan.Mereka sanggup berkorban masa dan wang demi menguruskan majlis yang telah diatur. TAHNIAH







